- JBS Melaka
- Hits: 13
KESELAMATAN PREMIS JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA DIPERKASA
- JBS Melaka
- Hits: 13
AYER KEROH, 5 Ogos 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mengadakan sesi penyerahan First Aid Kit kepada semua Ketua Bahagian dan pengurusan kompleks sempena Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan Bil. 1/2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.
Program tersebut bertujuan memperkukuhkan aspek kesiapsiagaan dan keselamatan di setiap premis di bawah seliaan JBS Melaka, di samping memastikan kemudahan bantuan kecemasan sentiasa tersedia untuk kegunaan sekiranya berlaku sebarang insiden.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dalam memperkasakan budaya keselamatan serta meningkatkan tahap perlindungan dan kebajikan warga kerja serta pengunjung di semua premis yang terlibat.
Sesi serahan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.
