PROGRAM OPERASI HIJAU PERKASA KESEDARAN BELIA MEMELIHARA ALAM SEKITAR

PULAU BURUNG MELAKA, 2 Ogos 2026 – Program Operasi Hijau: Rakan Muda Bumi Bertindak anjuran Kelab Belia Lorong Pandan (KREX) di bawah Dana Rakan Muda telah berjaya dilaksanakan pada 2 Ogos 2026 bertempat di Pulau Burung dan Pantai Siring, Melaka.

Program dimulakan dengan Majlis Penanaman Anak Pokok Bakau sebagai usaha memulihara ekosistem pesisir pantai, diikuti dengan Upacara Menaikkan Papan Tanda Peringatan Kebersihan Pulau Burung bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Majlis Penutup Program Operasi Hijau: Rakan Muda Bumi Bertindak telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan Jabatan Mineral dan Galian Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Ts. P.Geol Muhammad Mustadza bin Mazni dan turut hadir bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani bin Siran. Program ini menjadi platform dalam menyemarakkan semangat kesukarelawanan serta menggalakkan penglibatan aktif belia dalam usaha pemeliharaan alam sekitar.

Semoga penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan sebagai usaha memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara khazanah alam demi kesejahteraan generasi akan datang.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search