- JBS Melaka
- Hits: 18
40 BELIA SERTAI PROGRAM AGROBELIA LESTARI PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 18
MELAKA, 30 Jun 2026 – Seramai 40 orang belia telah menyertai Program Agrobelia Lestari Peringkat Negeri Melaka 2026 yang berlangsung pada 29 hingga 30 Jun 2026 di Kolej Agrosains Malaysia, Melaka.
Program selama dua hari ini bertujuan memperkasakan golongan belia dengan ilmu, kemahiran dan pendedahan berkaitan sektor agromakanan serta pertanian moden. Pelbagai pengisian seperti ceramah, latihan praktikal, perkongsian pengalaman dan sesi interaktif bersama tenaga pengajar serta pakar industri telah memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknologi pertanian terkini, inovasi agro serta peluang keusahawanan dalam sektor pertanian.
Selain meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, program ini turut memupuk minat belia terhadap pertanian moden, melahirkan usahawan tani muda yang berdaya saing serta menggalakkan amalan pertanian lestari demi kelangsungan sumber makanan negara.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Kapten Bersekutu Khairil Syukri bin Mohamad Tahir, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pengantarabangsaan, Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Melaka. Dalam ucapannya, beliau menyeru golongan belia agar terus memanfaatkan peluang dalam sektor pertanian dan menjadi pemacu transformasi industri agro negara melalui inovasi, teknologi serta semangat keusahawanan.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai belia yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing dalam memperkukuh sektor agromakanan serta menyokong pembangunan pertanian negara yang mampan.
