- JBS Melaka
- Hits: 53
RAPTAI PERASMIAN FESTIVAL BELIA @ HARI BELIA NEGARA 2026 NEGERI MELAKA BERLANGSUNG LANCAR DI STADIUM JASIN
- JBS Melaka
- Hits: 53
JASIN, 26 Jun 2026 – Bahang kemeriahan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Melaka semakin dirasai apabila sesi raptai Majlis Perasmian berlangsung dengan lancar di perkarangan Stadium Jasin hari ini.
Sesi raptai tersebut telah dipantau dan dihadiri oleh Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, bagi memastikan setiap aspek perjalanan majlis berada pada tahap terbaik serta berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Raptai ini melibatkan penyelarasan pelbagai komponen termasuk protokol, gimik pelancaran, persembahan pentas, pengurusan kontinjen, aspek teknikal, sistem audio visual serta penyelarasan jawatankuasa pelaksana bagi menjamin kelancaran majlis perasmian nanti.
Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua jawatankuasa, agensi terlibat dan para sukarelawan mencerminkan kesungguhan dalam memastikan penganjuran Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Negeri Melaka berlangsung dengan penuh gilang-gemilang dan meninggalkan pengalaman bermakna kepada seluruh pengunjung.
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung pada 27 hingga 28 Jun 2026 di Stadium Jasin, dengan pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.
