SEKALUNG TAHNIAH! BINTANG MUDA OKU KINI BERGELAR PERENANG!

KRUBONG, 24 Jun 2026 - Syabas dan tahniah diucapkan kepada 40 orang peserta cilik OKU (berusia 6 hingga 15 tahun) yang telah berjaya menamatkan Program Kelas Renang OKU Peringkat Daerah Melaka Tengah 2026!
Program intensif yang berlangsung selama 5 hari (18, 19, 22, 23 & 24 Jun 2026) di Pusat Akuatik Hang Jebat, Krubong ini telah menyaksikan kecekalan dan semangat luar biasa daripada kesemua peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan latihan (8:00 pagi & 10:00 pagi).

Program diakhiri dengan Majlis Penyampaian Sijil yang disempurnakan oleh Encik Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah) dengan diiringi oleh Presiden Dragon Finswimming Club.
Anjuran & Kerjasama Padu:

  Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah
  Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah
  Dragon Finswimming Club

Program ini bukan sahaja bertujuan memberikan kemahiran asas renangan dan keselamatan di air, malah membuktikan bahawa kekurangan fizikal bukanlah penghalang untuk mereka bersinar dalam bidang sukan.
Terima kasih kepada para ibu bapa, jurulatih, dan semua pihak yang terlibat dalam menyokong agenda inklusif ini. Korang semua memang terbaik!

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search