- JBS Melaka
- Hits: 19
PENGARAH JBSN MELAKA KONGSI PERSIAPAN HARI BELIA NEGARA 2026 DI MELAKAFM
- JBS Melaka
- Hits: 19
MELAKA, 25 Jun 2026 – Menjelang penganjuran Festival Belia @ Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Melaka 2026, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani Siran, telah menjadi tetamu jemputan dalam program "Kokenut Shake Dulu" yang bersiaran secara langsung di RTM Melaka FM.
Turut bersama dalam sesi temu bual tersebut ialah Mohd Firdaus Baharuddin, Ketua Penerangan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), bagi berkongsi pelbagai pengisian menarik serta persiapan menjelang sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Melaka.
Sepanjang siaran, pendengar diberi penerangan mengenai objektif penganjuran festival, pelbagai aktiviti yang bakal berlangsung serta kepentingan penglibatan golongan belia dalam usaha memperkukuh pembangunan belia selaras dengan aspirasi "Menggerak Belia MADANI". Program ini turut mengajak seluruh masyarakat, khususnya belia Melaka, untuk hadir memeriahkan festival yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Jun 2026 di Stadium Jasin, Melaka.
Festival ini dijangka menghimpunkan ribuan belia menerusi pelbagai aktiviti berteraskan kepimpinan, sukan, hiburan, keusahawanan, kesukarelawanan dan gaya hidup sihat, sekali gus menjadi platform terbaik untuk mengeratkan perpaduan serta mencungkil potensi generasi muda.
Ayuh, bersama-sama kita semarakkan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Melaka. Jumpa anda di Stadium Jasin pada 27 & 28 Jun 2026!
