LAWATAN TAPAK PERKUKUH PERSIAPAN FESTIVAL BELIA @ HARI BELIA NEGARA MELAKA 2026

JASIN, 23 Jun 2026 – Satu lawatan tapak bagi persiapan penganjuran Festival Belia @ Hari Belia Negara (FB@HBN) Peringkat Negeri Melaka 2026 telah diadakan di Stadium Jasin melibatkan pelbagai agensi dan jawatankuasa pelaksana yang terlibat.

Lawatan ini bertujuan meneliti aspek logistik, keselamatan, pengurusan lalu lintas, susun atur tapak program serta penyelarasan akhir bagi memastikan kelancaran penganjuran festival yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Jun 2026.

Sesi lawatan turut menjadi platform perbincangan antara agensi berkaitan bagi memperkemaskan pelaksanaan setiap aktiviti yang telah dirancang, sekali gus memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung sepanjang program berlangsung.

Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2026 dijangka menghimpunkan ribuan belia melalui pelbagai pengisian menarik melibatkan sukan, kesukarelawanan, hiburan, keusahawanan dan pembangunan belia di seluruh negeri Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search