MESYUARAT INDUK HBN MELAKA 2026 PERKUKUH PERSIAPAN AKHIR FESTIVAL BELIA DI STADIUM JASIN

AYER KEROH, 23 Jun 2026 – Persiapan penganjuran Festival Belia @ Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Melaka 2026 kini memasuki fasa akhir apabila Mesyuarat Induk HBN Melaka 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YB Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, bagi menyelaras pelbagai aspek pelaksanaan program yang bakal berlangsung pada 27 dan 28 Jun 2026 di Stadium Jasin.

Mesyuarat ini menghimpunkan pelbagai agensi strategik yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran penganjuran program, antaranya Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, SWM Negeri Melaka, Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka (MGBM), Majlis Perbandaran Jasin, Majlis Sukan Negeri Melaka serta Unit Protokol Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Perbincangan tertumpu kepada aspek keselamatan, kebersihan, pengurusan lalu lintas, protokol, pengisian program serta kesiapsiagaan jawatankuasa pelaksana bagi memastikan Festival Belia @ HBN Melaka 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar, selamat dan memberi impak kepada golongan belia.

Festival Belia @ HBN Melaka 2026 dijangka menghimpunkan ribuan belia dari seluruh negeri menerusi pelbagai aktiviti menarik melibatkan sukan, rekreasi, kesukarelawanan, e-sukan, pertandingan kreatif, persembahan pentas serta pelbagai pengisian berteraskan pembangunan belia.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search