- JBS Melaka
- Hits: 12
KUNJUNGAN DELEGASI MYSED KE NEGERI MELAKA, KUKUH JALINAN STRATEGIK
- JBS Melaka
- Hits: 12
KOMBES, 19 Jun 2026- JBSN Melaka mengalukan-alukan kehadiran Delegasi Ahli Majlis Bersama Jabatan (MBJ) MYSED ke KOMBES.
MYSED merujuk kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Ministry of Youth, Sports, and Entrepreneur Development Sarawak). Ia merupakan sebuah kementerian di bawah Kerajaan Negeri Sarawak yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam memacu pembangunan anak muda, industri sukan, serta ekosistem keusahawanan di Negeri Sarawak. Seramai 25 orang ahli delegasi telah dibawa melawat ke semua fasiliti sukan yang terdapat di KOMBES. Melaka merupakan antara negeri yang dilawati oleh delegasi ini selepas Negeri Johor dan Kuala Lumpur.
Objektif lawatan penanda aras ini bertujuan sebagai medium perkongsian idea, pengalaman, dan amalan terbaik antara organisasi. Ia membolehkan peserta mempelajari prosedur operasi standard (SOP), inovasi, dan strategi pengurusan yang berkesan untuk diaplikasikan di tempat sendiri. Kedua, penambahbaikan berterusan untuk meningkatkan sistem maklumat, pengurusan rekod, atau infrastruktur teknologi semasa. Ketiga, lawatan ini bertujuan untuk membina jaringan kerjasama serta mewujudkan hubungan kolaboratif dan rangkaian komunikasi yang berterusan antara agensi.
Taklimat fasiliti telah disampaikan oleh Encik Muhammad Abd. Hafidz bin Mohd. Amin, Timbalan Pengarah JBSNM bersama Encik Muzaizi bin Mohammad, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.
