- JBS Melaka
- Hits: 26
MEDIA RAKAN STRATEGIK KEJAYAAN KIBAR MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 26
AYER MOLEK, 13 Jun 2026 – Kejayaan penganjuran Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Negeri Melaka 2026 bukan sahaja diserlahkan melalui penyertaan aktif belia dan komuniti, malah turut diperluaskan kepada masyarakat menerusi peranan penting pihak media yang membuat liputan sepanjang program berlangsung.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua organisasi media yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan liputan KIBAR Melaka 2026 sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Kehadiran dan sokongan media telah membantu menyampaikan maklumat program kepada masyarakat dengan lebih meluas, sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai inisiatif pembangunan belia yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Antara organisasi media yang hadir dan memberikan liputan ialah RTM Melaka, Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Ketua Menteri Melaka, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, KOSMO!, BERNAMA, NSTP serta Melaka Hari Ini.
Peranan media sebagai rakan strategik amat penting dalam memastikan mesej, aspirasi dan kejayaan program dapat dikongsikan kepada masyarakat, seterusnya memberi impak positif terhadap pembangunan belia serta memperkukuhkan penglibatan komuniti dalam agenda pembangunan negara.
Semoga hubungan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan demi memastikan lebih banyak program pembangunan belia dapat diketengahkan kepada masyarakat serta memberi manfaat kepada generasi muda, khususnya di Negeri Melaka.
