DOA MENGIRINGI KIBAR MELAKA 2026, KOMUNITI PAYA REDAN BERSATU HATI MOHON KEBERKATAN PROGRAM

AYER MOLEK, 12 Jun 2026 – Menjelang penganjuran Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Negeri Melaka 2026 yang bakal berlangsung esok, masyarakat setempat Kampung Paya Redan telah berganding bahu menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sebagai tanda kesyukuran serta memohon kelancaran dan keberkatan program.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan ukhuwah itu menghimpunkan penduduk kampung, sukarelawan serta urus setia program dalam usaha memperkukuh semangat kebersamaan menjelang acara yang bakal menghimpunkan belia dari seluruh negeri.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka; Encik Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah JBS Negeri Melaka; serta Puan Nor Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Cawangan Pembangunan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Penganjuran majlis ini mencerminkan sokongan padu komuniti setempat terhadap KIBAR Melaka 2026 yang bertujuan memperkasakan belia akar umbi melalui pelbagai aktiviti pembangunan kepimpinan, kesukarelawanan dan pengukuhan semangat kemasyarakatan.

KIBAR Negeri Melaka 2026 akan berlangsung pada 13 Jun 2026 di Dewan Haji Katimin, Kampung Paya Redan, Ayer Molek.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search