- JBS Melaka
- Hits: 30
KIBAR MELAKA 2026 HAMPIR BERMULA, PERSIAPAN AKHIR DIPERKEMAS!
- JBS Melaka
- Hits: 30
AYER MOLEK, 12 Jun 2026 – Bahang Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Negeri Melaka 2026 semakin dirasai apabila persiapan akhir program sedang giat dilaksanakan di Kampung Paya Redan, Ayer Molek menjelang penganjurannya pada esok hari.
Kerja-kerja penyediaan lokasi, pemasangan kemudahan program serta penyelarasan logistik sedang diperkemas bagi memastikan kelancaran perjalanan program yang bakal menghimpunkan belia dan komuniti setempat.
KIBAR Melaka 2026 dijangka menjadi platform penting dalam memperkasa belia akar umbi melalui pelbagai pengisian berteraskan kepimpinan, kesukarelawanan, pembangunan komuniti dan jaringan strategik. Program ini turut akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Orang ramai khususnya golongan belia dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan KIBAR Melaka 2026 yang akan berlangsung pada 13 Jun 2026 di Dewan Haji Katimin, Kampung Paya Redan, Ayer Molek.
