- JBS Melaka
- Hits: 29
LAWATAN & KHIDMAT NASIHAT KESELAMATAN PERLINDUNGAN SERTA PEMASANGAN CCTV DI PREMIS JBS NEGERI MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 29
AYER KEROH, 12 Jun 2026 - Telah berlangsung sesi Lawatan dan Khidmat Nasihat Keselamatan Pelindungan serta Pemasangan CCTV di premis dan fasiliti Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Objektif utama lawatan dan khidmat nasihat daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) adalah untuk membantu agensi meningkatkan kualiti, tata kelola, dan tahap pematuhan keselamatan perlindungan serta memberi khidmat perundingan aspek keselamatan fizikal & teknikal. Selain itu juga, pihak CGSO memberi khidmat nasihat bagi mengukuhkan keselamatan infrastruktur ICT dan maklumat digital kerajaan.
Sekalung penghargaan diucapkan di atas kerjasama Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Melaka, Tuan Mohamad Hanafi bin Mohd Nordin yang turun padang dalam melaksanakan program ini. Hadir sama Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
