MAJLIS YASIN DAN DOA SELAMAT IRINGI PERSIAPAN AKHIR KIBAR MELAKA 2026

AYER KEROH, 12 Jun 2026 – Bagi memohon kelancaran dan keberkatan pelaksanaan Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Melaka 2026, satu Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM), hari ini.

Majlis tersebut telah dipimpin oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, serta disertai oleh warga kerja JBSNM sebagai tanda kesyukuran dan harapan agar program yang bakal berlangsung berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan.

Penganjuran majlis ini turut menjadi simbolik kepada persiapan akhir menjelang pelaksanaan Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Melaka 2026 yang akan berlangsung pada 13 Jun 2026 di Dewan Haji Katimin, Kampung Paya Redan, Ayer Molek, Melaka.

KIBAR merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang bertujuan memperkasa belia akar umbi melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi, di samping menyemarakkan semangat kesukarelawanan, kepimpinan dan penglibatan aktif belia dalam pembangunan komuniti.

Program KIBAR Melaka 2026 dijadualkan akan disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, serta dijangka menghimpunkan penyertaan belia dan masyarakat setempat dalam pelbagai pengisian menarik yang telah dirancang.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search