PROGRAM INSPIRE i-TALENT PERINGKAT DAERAHALOR GAJAH TAHUN 2026

ALOR GAJAH, 10 Jun 2026 – Program Inspire i-Talent Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah dengan penyertaan seramai 42 orang peserta Orang Kurang Upaya (OKU) hasil kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dan Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah.

Program ini telah dirasmikan oleh 𝗘𝗻. 𝗭𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗶𝗿𝗮𝗻, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir ialah 𝗘𝗻. 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗼𝗹 𝗯𝗶𝗻 𝗞𝗮𝗺𝗶𝘀, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; 𝗘𝗻. 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah serta 𝗘𝗻. 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘄𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗹𝗶𝗺, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pendidikan Khas), Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah.

Program ini bertujuan mengenal pasti dan mencungkil bakat baharu dalam kalangan golongan OKU bagi membuka peluang mereka untuk berkembang dalam bidang sukan para di peringkat yang lebih tinggi.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search