- JBS Melaka
- Hits: 9
TAHNIAH KEPADA SEMUA JUARA! LIGA SUKAN KOMUNITI MELAKA TENGAH 2026 BERLANGSUNG MERIAH!
- JBS Melaka
- Hits: 9
BATU BERENDAM, 6 Jun 2026 - Kompleks Sukan Batu Berendam telah menjadi saksi kebangkitan semangat kesukanan luar biasa daripada semua pasukan yang berentap dalam tiga acara utama: Futsal, Bola Jaring, dan Bola Tampar!
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah mempamerkan aksi bertenaga, strategi mantap, dan paling utama semangat kesukanan (sportsmanship) yang sangat tinggi. Anda semua adalah juara di hati komuniti Melaka Tengah!
Pihak penganjur amat berbesar hati dan menjunjung kasih atas kesudian YB Allex Seah Shoo Chin, ADUN Kesidang yang turut hadir bagi menyempurnakan Majlis Penutup dan menyampaikan hadiah wang tunai serta medal kepada para pemenang kejohanan. Sokongan padu daripada pihak YB amat bermakna buat pembangunan belia dan sukan di kawasan ini.
Berikut adalah senarai keputusan rasmi kejohanan:
SUKAN FUTSAL
Johan (RM500 + Medal): NASTY YAKIS FT
Naib Johan (RM300 + Medal): UITM B
Ketiga Bersama (RM200 + Medal): UITM A & HULUBALANG
SUKAN BOLA TAMPAR
Johan (RM500 + Medal): TMJ
Naib Johan (RM300 + Medal): HALABEES A
Ketiga Bersama (RM200 + Medal): TMJ JR & SEBAT VC
SUKAN BOLA JARING
Johan (RM500 + Medal): TMNC ATHENA
Naib Johan (RM300 + Medal): VELOFIGHTER
Ketiga Bersama (RM200 + Medal): NNT & ELITE QUEEN NC
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada jawatankuasa penganjur Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Kelab Bola Sepak Hulubalang, Persatuan Bola Tampar Amatur Melaka, barisan pengadil teknikal, para penaja, serta seluruh warga komuniti yang hadir memeriahkan suasana dari pagi membawa ke petang.
Sukan menyatukan kita! Sehingga kita berjumpa lagi di edisi akan datang!
