MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENYERTAAN PROGRAM KLAS RENANG WARGA EMAS PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH 2026

KRUBONG, 21 Mei 2026 – Majlis Penyerahan Sijil Penyertaan Program KLAS Renang Warga Emas Peringkat Daerah Melaka Tengah telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Akuatik Hang Jebat, Krubong, hari ini. Program anjuran PBSD Melaka Tengah dengan kerjasama rakan strategik Dragon Finswimming Club itu telah memasuki sesi ketiga dan berjaya menarik penyertaan lebih 40 orang warga emas sekitar daerah Melaka Tengah. Turut sama memberikan kerjasama dalam penyertaan program ialah PAWE UTC.

Program yang berlangsung selama tiga hari ini bertujuan menggalakkan warga emas mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti sukan rekreasi air di samping meningkatkan keyakinan diri serta tahap kecergasan peserta.

Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Encik Khairul Bin Kamis, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang hadir mewakili Pengarah JBS Negeri Melaka. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta sebagai penghargaan atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 22-05-2026, 15:50:05

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search