MGBM PERKASA PERSIAPAN HARI BELIA NEGARA MELAKA 2026

AYER KEROH, 21 Mei 2026 – Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Melaka 2026 bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sambutan program tersebut.

Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat MGBM itu telah dipengerusikan oleh Presiden MGBM, Datuk Khaidhirah Datuk Seri Abu Zahar dan menghimpunkan semua jawatankuasa berkaitan untuk menyelaras gerak kerja, pembahagian tugas dan penglibatan strategik dalam menjayakan sambutan HBN 2026.

Turut dijemput hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin bersama wakil jabatan bagi memperkukuhkan kerjasama antara agensi dan kepimpinan belia negeri.

Pihak MGBM berharap sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 dapat dilaksanakan dengan lebih meriah, tersusun dan memberi impak positif kepada pembangunan belia di Negeri Melaka.  

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search