PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI KESUKARELAWANAN RAKAN MUDA SIRI 1/2026 PERINGKAT DAERAH JASIN

JASIN, 21 Mei 2026 – Seramai 65 warga emas dan 38 belia daripada UiTM Melaka Kampus Jasin menyertai Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Kesukarelawanan Rakan Muda Siri 1/2026 Peringkat Daerah Jasin yang berlangsung di Dewan MPJ Alamanda, Jasin hari ini.

Program sempena Program RYTHM: Ritma Kehidupan Harmoni bertemakan “Explorace Belia Cergas, Warga Emas Berdaya, Aktif Sepanjang Usia” itu dianjurkan bersama oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin serta Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Solok Kilang Berapi.

Penganjuran program bertujuan mengeratkan hubungan antara generasi muda dan warga emas melalui aktiviti riadah, kesukarelawanan serta perkongsian ilmu dalam suasana harmoni dan aktif.

Antara pengisian program termasuk senaman Tai Chi, slot ceramah bertajuk “Baby Boomers x Gen Z” yang disampaikan oleh LPPKN serta pelbagai aktiviti intergenerasi seperti pertandingan dam aji, congkak, batu seremban dan sukan “Egg Strike”.
Selain itu, peserta turut mengambil bahagian dalam aktiviti seni gubahan kreatif, sesi perbincangan berkumpulan serta cabutan bertuah yang memeriahkan program.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YB Datuk Khaidhirah binti Abu Zahar, ADUN Rim yang turut menyampaikan hadiah, sijil dan cenderahati kepada para peserta.

Program tersebut dilihat mampu memupuk semangat kebersamaan antara golongan belia dan warga emas di samping menggalakkan gaya hidup sihat serta aktif dalam komuniti setempat.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search