- JBS Melaka
- Hits: 40
PROGRAM RYTHM RITMA KEHIDUPAN HARMONI
- JBS Melaka
- Hits: 40
KOTA LAKSAMANA, 19 Mei 2026 - Program RYTHM - Ritma Kehidupan Harmoni bersama Warga Emas, Sukarelawan Belia Dalam Perkhidmatan Kebajikan Daerah Melaka Tengah.
Seramai 36 orang Sukarelawan Rakan Muda Daerah Melaka Tengah daripada Kolej Profesional MARA Bandar Melaka dan Kolej UNITAR Melaka telah menyertai program RYTHM - Ritma Kehidupan Harmoni bersama Warga Emas, Sukarelawan Belia Dalam Perkhidmatan Kebajikan Daerah Melaka Tengah sempena Program WRUR DUN Kota Laksamana bertempat di Hotel Tamara, Melaka. Para sukarekawan telah berpeluang menyantuni Warga Emas, mendengar ceramah ilmu dan juga melaksanakan pelbagai aktiviti bersama Warga Emas.
Objektif program ini adalah untuk menambahbaik perkhidmatan Di lapangan bagi kesejahteraan kumpulan sasar, menyediakan platform bagi mendedahkan belia dan golongn muda akan peranan dan oerkhidmatan kebajikan yang disediakan oleh JKM, memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia khususnya membantu Warga Emas Dan menyemai nilai insan dan madani dalam kalangan belia dan pelajar-pelajar IPTA/S.
Program ini merupakan kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Majlis Perasmian Dan Peluncuran telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Kalsom BINTI Noordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.
