TIGA PERSATUAN BELIA SERTAI PENILAIAN AGROBELIA LESTARI @ RAKAN MAHIR 2026 NEGERI MELAKA

AYER KEROH, 20 Mei 2026 – Sesi Penilaian AgroBelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 Peringkat Negeri Melaka telah berlangsung dengan jayanya di Pusat HuB Belia, Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Melaka, Ayer Keroh.

Program ini menjadi platform penting dalam mencungkil bakat, kemahiran serta inovasi belia dalam bidang agro, selaras dengan usaha memperkasa generasi muda agar lebih berdaya saing dalam sektor pertanian, penternakan dan teknologi makanan ternakan moden.

Sesi penilaian melibatkan panel daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka dan Jabatan Pertanian Negeri Melaka yang mempunyai kepakaran dalam bidang pertanian, penternakan serta teknologi makanan ternakan. Penilaian dijalankan bagi mengenal pasti persatuan belia yang berpotensi untuk terus dibangunkan dalam industri agro tempatan.

Sebanyak tiga persatuan telah terpilih sebagai calon bagi AgroBelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 Negeri Melaka iaitu GB4B (M) Kawasan Jasin, GB4B (M) Cawangan Melaka Pindah dan GB4B (M) Cawangan Semabok Dalam. Ketiga-tiga persatuan menampilkan pelbagai projek dan inisiatif agro yang kreatif serta berpotensi untuk dikembangkan pada masa hadapan.

Persatuan yang berjaya dipilih bakal menerima bantuan program berjumlah RM20,000 bagi membantu memperkukuhkan serta mengembangkan projek pertanian atau penternakan yang sedang diusahakan. Inisiatif ini diharap mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan agro belia yang lebih mampan dan progresif di Negeri Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search