PERSIAPAN RAPI FESTIVAL BELIA @ HARI BELIA NEGARA 2026 NEGERI MELAKA DIGERAKKAN SECARA MENYELURUH

AYER KEROH, 19 Mei 2026 – Persiapan bagi Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Melaka kini giat dilaksanakan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka.

Mesyuarat penting ini dipengerusikan oleh Pengarah JBS Negeri Melaka, Encik Zailani Bin Siran, yang menekankan kepentingan kerjasama bersepadu dalam memastikan kelancaran penganjuran program berprestij tersebut.

Pelbagai jawatankuasa telah digerakkan bagi memperincikan perancangan dan pelaksanaan program, antaranya Jawatankuasa Majlis Perasmian, Penyertaan, Aktiviti dan Pameran, Media dan Promosi, Makan Minum serta Hadiah. Setiap jawatankuasa memainkan peranan strategik dalam memastikan setiap aspek program diurus dengan sistematik dan berimpak tinggi.

Mesyuarat ini turut menjadi platform penyelarasan idea dan tindakan bagi memastikan Festival Belia tahun ini tampil lebih meriah, inklusif dan memberi manfaat kepada golongan belia di seluruh negeri.

Penganjuran Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Negeri Melaka dijangka menjadi medan terbaik dalam memperkasa peranan belia selari dengan aspirasi “Menggerak Belia Madani”.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-07-2026, 18:12:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search