- JBS Melaka
- Hits: 4
BIGGEST LOSER KBS PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 4
ALAI, 17 Mei 2026 - Program Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Melaka 2026 berlangsung meriah dengan kehadiran 300 peserta bertempat di Wellness Hub Alai, Melaka. Sesi timbangan pertama ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Selain bermatlamat untuk membudayakan amalan gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan, program ini juga membantu menggalakkan peserta untuk mencapai berat badan yang ideal.
Tahniah diucapkan kepada semua rakan strategik yang membantu menjayakan program ini antaranya Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Life In Balance Aerobic Club, Yakult dan VitaHealth. Ayuh kita sihat dan cergas bersama.!!
