- JBS Melaka
- Hits: 24
APBN MELAKA 2026 BERMULA : DUA PERTUBUHAN BELIA TAMPIL CEMERLANG BUKA TIRAI PENILAIAN
- JBS Melaka
- Hits: 24
MELAKA, 17 Mei 2026 – Tirai Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Melaka 2026 bagi Kategori Pertubuhan Belia secara rasminya dibuka hari ini dengan penyertaan dua pertubuhan belia yang berprestasi tinggi iaitu Majlis Belia India Malaysia Cawangan Hang Tuah Jaya dan Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir.
Kedua-dua pertubuhan tampil penuh yakin dan bersemangat, membentangkan pencapaian, perancangan serta impak program masing-masing dengan begitu tersusun dan meyakinkan di hadapan barisan Panel Penilai APBN Melaka 2026. Setiap pembentangan jelas mencerminkan komitmen tinggi serta dedikasi berterusan dalam memperkasa pembangunan belia di peringkat akar umbi.
Usaha gigih dan kerja keras yang dicurahkan oleh setiap pasukan bukan sahaja membuktikan keupayaan kepimpinan belia, malah memperlihatkan kesungguhan mereka dalam memburu pengiktirafan tertinggi di pentas APBN.
Untuk rekod, Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir bukanlah nama asing dalam pertandingan ini apabila pernah dinobatkan sebagai Johan APBN Peringkat Kebangsaan pada tahun 2015 serta meraih Naib Johan APBN Negeri Melaka 2025.
Penilaian akan diteruskan dalam sesi kedua pada 23 Mei 2026 (Sabtu) yang bakal menyaksikan penyertaan lima lagi calon pertubuhan belia, sekali gus menambah saingan dan kemeriahan APBN Melaka 2026.
