- JBS Melaka
- Hits: 25
PROGRAM SUKAN RAKYAT TRADISIONAL TIGA SERANGKAI (SURAT)
- JBS Melaka
- Hits: 25
AYER KEROH, 17 Mei 2026 - Program Sukan Rakyat Tradisional Tiga Serangkai (SURAT) anjuran Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Hang Tuah Jaya (Bukit Katil) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan World Youth Foundation (WYF), Ayer Keroh menerusi pelaksanaan Program di bawah kelulusan DSK Jendela 2.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali, Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia merangkap Pengerusi 4B Negeri Melaka.
Program ini bertujuan memupuk semangat perpaduan, mengangkat warisan permainan tradisional serta memperkukuhkan jaringan silaturahim dalam kalangan belia dan komuniti setempat.
Sebanyak tiga acara sukan rakyat tradisional telah dipertandingkan iaitu:
Karom – 9 pasukan
Dam Aji – 15 pasukan
Konda Kundi – 8 pasukan
Program ini telah berjaya menghimpunkan seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada belia dan masyarakat sekitar dalam suasana penuh semangat, kompetitif dan harmoni demi memastikan warisan permainan tradisional terus dipelihara dan diwarisi generasi muda.
