- JBS Melaka
- Hits: 26
MASJID TANAH NEON NIGHT FUN RUN 2026
- JBS Melaka
- Hits: 26
MASJID TANAH, 16 Mei 2026 - Program Masjid Tanah Neon Night Fun Run 2026 yang berlangsung di Simpang Jeram berjaya menghimpunkan hampir 600 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat. Program anjuran Kelab Olahraga Parameswara itu diadakan bagi menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan komuniti setempat menerusi aktiviti riadah.
Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Turut hadir memeriahkan program ialah YB Datuk Hameed MK Basheer, EXCO Kerja Raya Negeri Melaka merangkap ADUN Ayer Limau, Datuk TPr Saifuddin Abdul Karim, Yang Dipertua MPAG serta Zailani Siran, Pengarah JBS Negeri Melaka.
