- JBS Melaka
- Hits: 36
LIGA BOLA SEPAK AKAR UMBI MAFA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 36
KRUBONG, 16 Mei 2026 - Bertempat di Padang 10 Wisma MAFA telah berlangsung Liga Bola Sepak Akar Umbi anjuran Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA). Sebanyak 3 kategori dipertandingkan iaitu bawah 12, 14 dan 16 tahun.
Pertandingan ini menjadi medan mengenal pasti pemain yang berpotensi untuk diserapkan ke Akademi Mokhtar Dahari.
Hadir menyampaikan hadiah ialah YBhg. Datuk Revindran a/l Citravelu, Naib Presiden MAFA dan juga YBhg. Datuk Hj. Karim Hj. Yaacob, Setiausaha Agung MAFA.
