SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH 2026 MERIAH

TANGGA BATU, 15 Mei 2026 – Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Melaka Tengah 2026 telah berlangsung dengan meriah di SMK Seri Tanjung, Melaka dengan penglibatan aktif golongan belia serta komuniti setempat. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YB. Datuk Tuminah Binti Kadi, Timbalan EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna Merangkap ADUN Pantai Kundor yang turut menyatakan kepentingan golongan belia sebagai aset utama dalam pembangunan negeri dan negara.

Program bersempena sambutan Hari Belia Negara 2026 ini membawa tema “Menggerak Belia” yang melambangkan semangat dan keupayaan anak muda dalam mendepani cabaran semasa serta memainkan peranan penting dalam membina masyarakat yang progresif dan berdaya saing.

Penganjuran program ini bertujuan mengiktiraf sumbangan belia di samping memupuk nilai kepimpinan, perpaduan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan peserta. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan penglibatan aktif belia dalam aktiviti pembangunan komuniti dan sosial.

Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Melaka Tengah 2026 diharapkan dapat terus menyuntik semangat kepada golongan belia untuk bergerak aktif, berfikiran positif dan menjadi agen perubahan demi kesejahteraan masyarakat serta kemajuan negara.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 29-05-2026, 16:25:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search