- JBS Melaka
- Hits: 10
KELGENSIF JAYAKAN BENGKEL HIDROPONIK BELIA MELAKA 2026 MELALUI DANA RAKAN MUDA JENDELA 2 TAHUN 2026
- JBS Melaka
- Hits: 10
BANDARAYA MELAKA, 16 Mei 2026 - Program di bawah kelulusan Dana Rakan Muda Jendela 2 Tahun 2026 iaitu Bengkel Asas Pertanian & Kemahiran Penanaman Hidroponik Belia Melaka 2026 telah dilaksanakan oleh Kelab Belia Generasi Progresif Rembia (KELGENSIF) di UiTM Kampus Bandaraya Melaka dengan penyertaan seramai 21 orang pelajar.
Taklimat program telah disampaikan oleh Encik Suhairi bin Saad ; Tenaga Pengajar Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja yang memberi pendedahan berkaitan asas pertanian moden serta teknik penanaman hidroponik kepada peserta.
Pemberian Dana Rakan Muda merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan bagi menyokong pelaksanaan program pembangunan belia yang berimpak, kreatif dan memberi manfaat kepada komuniti serta pembangunan kemahiran generasi muda.
