SESI PERBINCANGAN & LAWATAN TAPAK PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN 1447H / 2026M

ILP Selandar, 13 Februari 2026 - Satu sesi perbincangan dan lawatan tapak telah diadakan bagi pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadan 1447H / 2026M yang akan berlangsung pada 2 hingga 6 Mac 2026 bertempat di Surau As Syakirin ADTEC JTM Kampus Selandar.

Sesi ini bertujuan menyelaras aspek logistik, pengisian program serta keperluan fasiliti bagi memastikan program berjalan lancar dan teratur. Turut hadir dalam sesi perbincangan dan lawatan tapak tersebut ialah YBrs. Ts. Rostam bin Hashim bersama pihak urusetia dan jawatankuasa pelaksana.

Program ini akan menumpukan kepada pengisian berbentuk Tadarus Al-Quran, selaras dengan penghayatan bulan Ramadan serta usaha menyemarakkan aktiviti kerohanian dalam kalangan belia.

Semoga penganjuran Program Rakan Muda Ramadan kali ini dapat memperkukuh ukhuwah dan meningkatkan penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan peserta.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-02-2026, 15:15:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search