- JBS Melaka
- Hits: 81
KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA JADI VENUE SUKAN ANTARA JABATAN ACARA SUKAN KAROM DAN DART
- JBS Melaka
- Hits: 81
AYER KEROH, 12 Februari 2026 – Telah berlangsung Sukan Antara Jabatan (SAJ) Tahun 2026 bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Kejohanan ini berlangsung selama 4 hari di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan acara karom membuka tirai kejohanan pada 10 dan 11 Februari 2026. Sebanyak 38 pasukan telah bertanding dalam peringkat kumpulan bagi merebut gelaran juara kejohanan.
Sukan Antara Jabatan (SAJ) acara dart dan karom anjuran Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN) Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Persatuan Permainan Sukan Tradisional Negeri Melaka. Objektif perlaksanaan kejohanan adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Melaka untuk memupuk semangat berpasukan serta meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental dalam mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat!
