SESI LIBAT URUS JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA PERKUKUH HALA TUJU PROGRAM 2026

Pulau Pinang, 12 Februari 2026 – Pengurusan Tertinggi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah menghadiri Sesi Libat Urus selama dua hari bermula 11 hingga 12 Februari 2026 bertempat di Eastin Hotel, Pulau Pinang.

Sesi ini diadakan bagi membincangkan hala tuju serta penyelarasan pelaksanaan program yang bakal dilaksanakan di peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri seluruh negara bagi tahun 2026.

Sesi libat urus ini turut menjadi platform perkongsian idea, pengalaman dan amalan terbaik antara negeri-negeri dalam memastikan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan secara tersusun, inklusif dan memberi manfaat optimum kepada golongan belia serta komuniti setempat.

Melalui komitmen berterusan semua pihak, Jabatan Belia dan Sukan optimis bahawa pelaksanaan program tahun 2026 akan lebih mantap dan berimpak selaras dengan dasar serta agenda pembangunan belia dan sukan negara.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search