KARNIVAL KESIHATAN MADANI JOM SIHAT 2026 MERIAH DENGAN PELBAGAI AKTIVITI BERMANFAAT

Ayer Keroh, 7 Februari 2026 - Telah berlangsung Karnival Kesihatan Madani Jom Sihat 2026 di World Youth Foundation, Ayer Keroh, Melaka dengan penyertaan menggalakkan daripada masyarakat pelbagai lapisan umur.

Program ini telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Dipertua Negeri Melaka, turut hadir YBrs. Tuan Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Inilah komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.

Sepanjang penganjuran karnival, pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah diadakan antaranya Senamrobik, Fun Walk, Forum Kesihatan, Pemeriksaan Gigi, Derma Darah, serta pelbagai pengisian kesihatan lain yang memberi manfaat secara langsung kepada pengunjung.

Penganjuran Karnival Kesihatan Madani Jom Sihat 2026 ini diharap dapat meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dan mental, selari dengan aspirasi Malaysia Madani.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search