KURSUS ASAS NAVIGASI DARAT ERAT KERJA BERPASUKAN JBS MELAKA

ASAHAN, 27 Januari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Navigasi Darat JBS Melaka 2026 bertempat di Kompleks MSN Saujana Asahan, Jasin dengan penglibatan seramai 20 orang peserta dalam kalangan kakitangan JBS Melaka.

Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan dan Terrex Outdoors Recreation sebagai rakan strategik dalam penyampaian modul latihan serta aktiviti lapangan.

Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada peserta dalam penggunaan peta dan kompas bagi menentukan arah serta kedudukan dengan tepat dan selamat di kawasan darat. Selain itu, ia turut meningkatkan keupayaan peserta bergerak secara berkumpulan di kawasan terbuka dan hutan, di samping membentuk semangat kerjasama serta kepimpinan.

Kursus ini telah disempurnakan dengan kehadiran Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; serta Encik Mohamad Nizam Abu Talib, Pengurus MSN Saujana Asahan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search