- JBS Melaka
- Hits: 20
DUN DUYONG BAKAL MENJADI TUAN RUMAH BAGI PENGANJURAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 20
Kompleks JAPERUN Duyong, 27 Januari 2026 – Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama Yang Berhormat Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, bertempat di Kompleks JAPERUN Duyong bagi membincangkan pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadan Tahun 2026.
Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada perancangan aktiviti, penetapan tarikh dan lokasi program, penglibatan golongan belia serta jalinan kerjasama strategik pelbagai pihak bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program yang dirancang untuk diadakan di DUN Duyong pada bulan Mac 2026.
