SESI PENILAIAN CALON SKM TAHAP 3 PERLAKSANAAN KERJA BELIA BERSAMA PEGAWAI PENILAI BERJALAN LANCAR

AYER KEROH , 23 Januari 2026 – Telah berlangsung Sesi Penilaian Pegawai Penilai (PP) bersama calon SKM Tahap 3 melalui Portfolio Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Perlaksanaan Kerja Belia dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNMelaka) . Seramai 10 Pegawai dari JBSNMelaka telah mengesahkan pendaftaran bagi Batch 4, SKM Tahap 3 Perlaksanaan Kerja Belia melalui Portfolio Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Selepas penilaian oleh Pegawai Penilai (PP) selesai, calon akan melalui sesi akhir bersama Pegawai Pengesah Luaran (PPL) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) seterusnya menanti keputusan akhir sebelum sijil dianugerahkan.
Antara kelebihan pemilik SKM Tahap 3 bagi Perlaksanaan Kerja Belia ialah pengiktiraf sebagai Pekerja Belia Mahir. Ini membolehkan mereka menjalankan aktiviti pembangunan belia, pengurusan program, dan khidmat nasihat komuniti mengikut standard Kebangsaan.

Sekalung penghargaan kepada Encik Mohammad Rosdi bin Mahmud, Pegawai Penilai (PP) daripada Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson diatas kelancaran sesi pada kali ini. Tahniah dan selamat maju jaya untuk semua calon yang terlibat.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search