- JBS Melaka
- Hits: 16
JBS NEGERI MELAKA KOMITED TINGKAT KESELAMATAN KERJA MELALUI KURSUS KAD HIJAU CIDB
- JBS Melaka
- Hits: 16
AYER KEROH, 24 JANUARI 2026 – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka telah menghantar seramai sembilan (9) orang kakitangan bagi mengikuti Kursus Kad Hijau CIDB atau Safety Induction for Construction Workers (SICW) yang telah berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan aspek keselamatan dan pengurusan kesihatan pekerja khususnya yang perlu berada di tapak binaan serta menjadi syarat utama untuk mendapatkan Kad Hijau Pintar CIDB yang sah.
Program ini telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi JBS Negeri Melaka, termasuk En. Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, sebagai tanda komitmen jabatan dalam memastikan tahap keselamatan dan pematuhan standard kerja yang tinggi dalam menguruskan pelaksanaan projek pembangunan sukan.
