PROGRAM PENGGALAKAN SUKAN UNTUK SEMUA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025

Sungai Rambai, 21 Disember 2025 - Program Penggalakan Sukan Untuk Semua Peringkat Negeri Melaka sempena Mini Karnival Usahawan Desa @ Festival D’Bendang 2025 berlangsung dengan penuh kemeriahan bertempat di Kem Benteng Negara Sungai Rambai.
Program ini berjaya menarik penyertaan 1000 orang pengunjung dengan pelbagai aktiviti antaranya Tiang Licin, Pukul Bantal, Tarik Tali, Bola Tampar dan Maze Run yang melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Datuk Siti Faizah binti Datuk Abdul Azis, ADUN Sungai Rambai. Program ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim komuniti malah menjadi platform terbaik untuk membudayakan sukan dan gaya hidup aktif di peringkat masyarakat.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search