JPPH LAKSANA SEMAKAN SEMULA KADAR HARGA SEWAAN KOMBES MELAKA

AYER KEROH, 18 DISEMBER 2025 – Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka telah menerima kunjungan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Melaka pada 18 Disember 2025.
Lawatan ini adalah sebahagian dari proses dapatan penilaian berkaitan kadar harga sewaan atau caj yang bakal dikenakan kepada pengguna terdiri daripada semua golongan masyarakat selaras dengan keadaan harga semasa pasaran hartanah.
JPPH juga menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas premis termasuk aspek keluasan dan peralatan yang disediakan. Lawatan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai sebahagian daripada usaha berterusan JPPH dalam memastikan sistem penilaian harta yang adil dan berintegriti.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Norfadila binti Saiful Bahry, Penolong Pegawai Penilaian, JPPH Negeri Melaka atas sesi lawatan ini. Hadir sama Encik Muzaizi bin Mohammad, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search