- JBS Melaka
- Hits: 35
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK NAIK TARAF GELANGGANG BOLA KERANJANG TIANG DUA AYER MOLEK
- JBS Melaka
- Hits: 35
Ayer Molek, 16 Disember 2025 – Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Gelanggang Bola Keranjang Tiang Dua, Ayer Molek telah disempurnakan oleh YB Adam Adli Abd Halim ; Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Turut Hadir YBrs Tuan Zailani bin Siran ; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Abu Bakar bin Abu Samah ; Wakil Pegawai Daerah Melaka Tengah, Tok Lan ; Penghulu Mukim Ayer Molek dan Encik Ghazali bin Bidin ; Pengarah Urusan Zali Triple A Enterprise.
Projek Naik Taraf Gelanggang Bola Keranjang Tiang Dua, Ayer Molek merupakan salah satu projek di bawah Peruntukan Pembangunan P.45 Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti Sukan Kementerian Belia dan Sukan bagi tahun 2025 untuk negeri Melaka.
