MAJLIS PENYERAHAN PROJEK NAIK TARAF GELANGGANG FUTSAL KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA

Ayer Keroh, 16 Disember 2025 – Majlis Penyerahan Gelanggang Futsal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka telah disempurnakan oleh YB Tuan Adam Adli Abd Halim ; Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Turut Hadir YBrs Tuan Abd Aziz bin Abd. Rahman ; Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Puan Rohana binti Assahak ; Pengarah Urusan R&D Eureka Engineering Sdn Bhd.
Projek Naik Taraf Gelanggang Futsal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka merupakan salah satu projek di bawah Peruntukan Pembangunan P.45 Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti Sukan Kementerian Belia dan Sukan bagi tahun 2025 untuk negeri Melaka. Kerja-Kerja naik taraf gelanggang ini merangkumi kerja meroboh struktur bumbung asal gelanggang yang telah usang dan pembinaan bumbung baharu dan sebuah gelanggang baharu termasuk peralatan serta tempat duduk penonton berkapasiti 40 orang.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search