- JBS Melaka
- Hits: 35
HARIMAU MALAYA BENAM NEPAL DI TAYANGAN SKRIN BESAR MELAKA 2025
- JBS Melaka
- Hits: 35
Melaka, 18 November 2025 - Program Tayangan Skrin Besar Melaka 2025 yang berlangsung di Stadium, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hari ini meriah dengan semangat sukan yang mengujakan. Pasukan Harimau Malaya telah menunjukkan aksi cemerlang apabila berjaya menundukkan pasukan Nepal dengan jaringan 1-0.
Program ini diserikan dengan kehadiran YB Adam Adli Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang turut menyaksikan perlawanan bersama para peminat bola sepak tanah air. Hadir sama YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs. Puan Siti Sarah binti Bujang, Pengarah Pusat Sukan UTeM dan YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Mazlan, Penolong Pendaftar Kanan Pertubuhan Belia (Zon Selatan).
Selain tayangan perlawanan bola sepak, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya seperti Senamrobik Pound Stick by Pro Aini, Sepak Penalti, Netball Shooting, Cabutan Bertuah, Booth Mamee dan Jualan Food Truck. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dengan penuh semangat kesukanan dan perpaduan. Mane lagi.? Melaka ler.!!
