- JBS Melaka
- Hits: 38
PROGRAM SEMBANG SANTAI ANAK MUDA BERSAMA RAKAN STRATEGIK @ MELAKA TENGAH 2025
- JBS Melaka
- Hits: 38
Melaka, 17 November 2025 (Isnin) – Program Sembang Santai Anak Muda Bersama Rakan Strategik @ Melaka Tengah 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Melaka International Bowling Centre (MIBC). Program ini dianjurkan oleh Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Melaka Tengah dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka.
Penganjuran program ini bertujuan mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih erat antara kakitangan JBS Negeri Melaka bersama agensi serta pertubuhan belia di kawasan Melaka Tengah. Sesi santai dan interaktif melalui aktiviti pertandingan bowling yang diadakan ini dapat mengeratkan hubungan strategik antara pihak kerajaan dan komuniti belia dapat diperkukuh bagi memastikan pelaksanaan program belia di daerah Melaka Tengah terus berjalan dengan berkesan.
Program ini turut memberi ruang kepada peserta untuk bertukar pandangan, berkongsi idea serta meneroka peluang kerjasama baharu demi memperkasa pembangunan belia pada masa hadapan.
Turut bersama menjayakan program ini En Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka serta Dr.Mohd Nurishaq Bin Mohd Fauzi, Timbalan Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah
