- JBS Melaka
- Hits: 33
BENGKEL SESI LIBAT URUS BLUEPRINT SUKAN REKREASI
- JBS Melaka
- Hits: 33
MELAKA, 16 November 2025 - Bengkel Sesi Libat Urus Blueprint Sukan Rekreasi telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan pemegang taruh dari seluruh negara yang terdiri daripada pegawai-pegawai sukan rekreasi, wakil agensi yang berkaitan serta penggiat sukan rekreasi yang mewakili NGO masing-masing.
Bengkel yang bermula dari 14 hingga 16 November 2025 berperanan sebagai usaha memperkukuh hala tuju pembangunan sukan rekreasi negara.
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Pn. Azura Abidin turut hadir meninjau perjalanan bengkel serta menekankan kepentingan akreditasi dalam kalangan pegawai belia dan sukan serta pemegang taruh berkaitan.
Bengkel ini menjadi platform penting bagi mendapatkan pandangan, cadangan dan maklum balas pelbagai pihak demi memperkasa dasar atau modul serta pelaksanaan program sukan rekreasi di Malaysia.
Hadir sama, En. Abd Aziz Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) JBSN serta En. Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.
