- JBS Melaka
- Hits: 34
SEMINAR SPM Y-HUB MELAKA BANGKITKAN MOTIVASI & MINDA PELAJAR
- JBS Melaka
- Hits: 34
AYER KEROH, 13 November 2025 – Program Y-Hub Peringkat Negeri Melaka 2025 terus menjadi platform terbaik untuk mencetus semangat baharu dalam kalangan pelajar apabila Seminar SPM berjaya menghimpunkan 152 orang peserta di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh, hari ini.
.
Seminar ini dianjurkan sebagai usaha memperkasa golongan belia melalui aktiviti pembangunan diri, kepimpinan, pembentukan sahsiah dan kecergasan mental, seiring dengan matlamat Program Y-Hub dalam membentuk belia yang berdaya tahan dan berwawasan.
.
Sesi ceramah penuh inspirasi dikendalikan oleh Saidatul Sariyah binti Sainawan, Pegawai Psikologi Unit Psikologi Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, serta Hashemi Rafsanjani bin Kasim, Imam 1 Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil. Kedua-dua penceramah berjaya menyuntik motivasi, memberi panduan persediaan SPM dan menyampaikan perkongsian kerohanian serta pengurusan emosi yang amat bermanfaat buat peserta.
.
Program ini diharapkan dapat membantu pelajar lebih fokus, berkeyakinan dan bersedia menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan semangat yang lebih tinggi, selari dengan aspirasi Y-Hub dalam melahirkan belia cemerlang akademik dan berakhlak mulia.
