- JBS Melaka
- Hits: 40
TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA KOLEJ YAYASAN SAAD
- JBS Melaka
- Hits: 40
AYER KEROH, 13 November 2025 – Satu sesi Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah berlangsung melibatkan para pelajar Kolej Yayasan Saad yang bakal menyertai program berprestij tersebut.
Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh En. Mu’azamir bin Haji Jili, Pengarah Cawangan Pembangunan Potensi, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan.
Turut hadir bagi menjayakan sesi ini ialah Pn. Nurhanani binti Tarik dan Pn. Nor Fadzira binti Mohd Sepian, Pegawai Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Penganjuran taklimat ini bertujuan memberi penerangan terperinci mengenai kaedah pelaksanaan terkini bagi Projek Penempatan ARPRM Tahap Emas, termasuk garis panduan penyediaan laporan yang lebih sistematik dan menepati keperluan penilaian.
Seramai 150 orang pelajar Kolej Yayasan Saad bersama barisan kepimpinan kolej hadir bagi mendapatkan maklumat dan persediaan awal sebelum memulakan penglibatan dalam ARPRM.
