BENGKEL PENYELARASAN PROGRAM RAKAN MUDA

MELAKA, 13 November — Bengkel Penyelarasan Program Rakan Muda yang berlangsung selama tiga hari bermula 11 hingga 13 November 2025 di Melaka yang telah dihadiri oleh Pn. Nor Fadzira binti Mohd Sepian wakil dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Melaka dan En. Muhammad Norman bin Omar dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin serta turut menghimpunkan para pegawai, penyelaras program serta rakan kolaborasi bagi memperkukuh pelaksanaan inisiatif Rakan Muda di seluruh negeri.
Bengkel ini bertujuan menyelaras hala tuju, meningkatkan kecekapan pengurusan program serta memperkemas strategi pelaksanaan mengikut keperluan semasa belia. Sepanjang sesi berlangsung, peserta terlibat dalam perbincangan kluster, perkongsian amalan terbaik dan penyelarasan takwim aktiviti bagi tahun hadapan.
Penganjuran bengkel ini dijangka memberi impak positif melalui penyelarasan lebih sistematik, pengurusan program yang lebih berkesan serta peningkatan keberhasilan aktiviti di bawah rangka kerja Pembangunan Rakan Muda, selari dengan usaha memperkasa pembangunan belia di Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search