- JBS Melaka
- Hits: 37
MAJLIS PENTAULIAHAN PROFESIONALISME KERJA BELIA KALI KE-2 TAHUN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 37
SEREMBAN, 11 November 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kakitangannya yang telah berjaya ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pelaksanaan Kerja Belia Tahap 3 sempena Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Ke-2 Tahun 2025.
Majlis pentauliahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).
Pentauliahan ini merupakan pengiktirafan kepada pegawai dan petugas belia yang menunjukkan tahap kompetensi serta profesionalisme tinggi dalam melaksanakan tugas berkaitan pembangunan belia di Malaysia.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua warga jabatan untuk terus meningkatkan kemahiran dan mutu kerja dalam menyokong aspirasi KBS ke arah melahirkan belia berkualiti dan berdaya saing.
