PROGRAM RAKAN MUDA : EKSPLORASI ALAM PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2025

JELEBU, 8 NOVEMBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝟰𝗕 (𝗠) 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 𝗣𝗶𝗻𝗱𝗮𝗵 telah menganjurkan Program Rakan Muda Rakan Bumi : Eksplorasi Alam Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 bertempat di 𝗝𝗲𝗿𝗮𝗺 𝗕𝗲𝗿𝘂𝗻𝗴𝘂𝘁, 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗯𝗼𝗶, 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻.
Program ini disertai seramai 50 orang belia dari daerah Alor Gajah dengan objektif utama untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kelestarian alam semula jadi serta menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan belia.
Turut menyertai program ini, ialah 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗭𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗶𝗿𝗮𝗻, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka serta 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Pelbagai aktiviti berunsurkan penerokaan alam seperti jelajah denai, dan sesi pembelajaran mengenai biodiversiti telah dilaksanakan sepanjang program. Melalui penganjuran ini, para peserta bukan sahaja berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi, tetapi turut dididik mengenai tanggungjawab sebagai generasi muda dalam menjaga kelestarian bumi.
Program ini diharap dapat menjadi platform berterusan untuk menyemai nilai Rakan Muda Rakan Bumi dalam kalangan belia setempat serta memperkukuh semangat kerjasama dan kepimpinan melalui aktiviti berteraskan alam dan komuniti.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search