- JBS Melaka
- Hits: 6
PROGRAM SUKAN MENDAKI KOMUNITI - MARI MENCUBA SUKAN MENDAKI PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025
- JBS Melaka
- Hits: 6
BUKIT BERUANG, Melaka 12 Oktober 2025 - Seramai lebih 100 orang yang majoritinya penduduk komuniti telah menyertai Program Sukan Mendaki Komuniti - Mari Mencuba Sukan Mendaki Peringkat Negeri Melaka 2025 sempena Karnival Kebudayaan dan Kesihatan Parlimen Hang Tuah Jaya yang berlangsung di Dewan MPHTJ Bukit Beruang.
Para peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyatakat jelas kelihatan teruja untuk mencuba mendaki tembok tiruan yang dibawakan khas buat julung kalinya ke kawasan tersebut sejajar dengan objektif program sebagai satu bentuk pengenalan kepada orang ramai dalam melahirkan peminat sukan mendaki tembok tiruan.
Hadir sama ialah Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.
